May 27, 2010

TrUe LoVe :)

Mungkin ramai dah lihat dan baca, mas sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua. Gambar2 nie diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan kepada seekor burung layang-layang terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Masih lagi berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa dengan perasaan sedih dengan pemergian itu

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... Hidup si burung itu menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya.. Mungkinkah manusia akan meratapi kehilangan org yang disyg sebagaimana pasangan burung ini?

**Credit to kak eita, thx sbb bagi mas email psal burung nie :)

0 comments:

Post a Comment