May 10, 2010

ApA iTu BiSuL?


Sedar xsedar wujudnya bisul kat area lengan mas.. Agak mnyakitkn la.. Xtau nk buat ape.. So mas decide nk cari fakta tentang bisul.. Meh mas share ape yg mas dpt lepas 2 jam google :D

Apa itu Bisul?
Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot

Simptom - simptom Bisul
Timbul seperti ketulan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan membengkak.

Risiko terjadinya Bisul
- mempunyai tahap kesihatan yang lemah
- diabetes

- mereka yang berusia lebih 40 tahun
- pakaian yang ketat atau melecetkan
- penggunaan ubat-ubatan yang boleh menekan sistem imun anda

Dapatkan rawatan apabila Bisul
- terjadi di muka.
- tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari
- Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
- Jika terdapat tanda-tanda seperti teramat sakit, bengkak, terasa panas, atau kemerahan.

Petua menghilangkan Bisul
- tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
- asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
- tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk

0 comments:

Post a Comment