June 13, 2010

DeRita MeRinDu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal?
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia?

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

psssttt - Dlm perjlnan nk balik KL, terlayan lagu nie.. sangat2 terkesan dlm hati :(

2 comments:

Aesya Zealous said...

suke lagu nii! hehe

Masturah Zamri said...

saya pown :)

Post a Comment